Bagaimana Untuk Mengubati Darah Tinggi Secara Alami Dan Tradisional


Penyakit darah tinggi termasuk penyakit yang banyak dihidap oleh masyarakat diseluruh dunia. Kali ini akan kita kaji tentang cara mengubati penyakit darah tinggi secara alami dan tradisional.

Namun sebelumnya akan dikaji apa yang dimaksud dengan darah tinggi itu dan punca-punca darah tinggi, lalu akan dikaji pula bagaimana cara menghadapi dan perawatan darah tinggi serta cara mengubati darah tinggi secara alami dan tradisional.
TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSION OR HIPERTENSI)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga (turunan) atau faktor genetik, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI
Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab, beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

CARA HADAPI SUPAYA TERHINDAR DARI DARAH TINGGI
Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikutilah tip-tip berikut:

1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
a. Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

b. Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

c. Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

d. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan didampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

e. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

f. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hipertensi, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

BERIKUT PETUA RAWAT DARAH TINGGI SECARA ALAMI DAN TRADISIONAL
Petua untuk rawat darah tinggi kali ni dengan menggunakan bahan-bahan alami yang mudah didapati disekitar tempat anda tinggal.

Daun Kucai
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Penyakit darah tinggi akan reda.

Buah Mengkudu
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Epal Hijau
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

Serai
Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. penyakit darah tinggi akan turun.

Pisang Kelat
Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Kelapa Muda
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

Itulah kajian kali ni tentang bagaimana untuk mengubati darah tinggi secara alami dan tradisional. Semoga kajian ini bisa membantu dan berguna bagi semua.
Baca juga: 13 Tindakan Mengurangi Gula Dalam Darah Untuk Perawatan Diabetes

Related Posts: