Petua Untuk Kulit Wajah Nampak Cantik Dan Sihat


Setiap orang tidak kira wanita atau lelaki yang dicari pasti kulit cantik dan sihat. Kulit cantik dan sihat akan memberikan kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan (confident), terutamanya untuk berurusan dengan orang ramai. Entri kali ini saya ingin berkongsi beberapa petua untuk kulit wajah nampak cantik dan sihat supaya boleh dilakukan bersama-sama.

1. Perlindungan daripada sinaran matahari (Ultraviolet / UV).
Memakai pelindung sinaran UV adalah sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kajian menunjukkan 90% kedutan disebabkan matahari / sinaran ultraviolet (UV) tanpa perlindungan. Radiasi ultraviolet (UV) adalah sinaran elektromagnetik yang mempunyai panjang gelombang yang berkuat lebih pendek daripada cahaya yang boleh dilihat. Oleh sebab itu, UV boleh menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk punca kerosakan jangka panjang kepada kulit.

2. Bersihkan berus solekan anda.
Kotoran dan bakteria yang terkumpul di berus dan span boleh menyebabkan jerawat (acne). Satu kajian British mendapati bahawa 72% wanita yang tidak pernah basuh berus atau span, mereka akan menghadapi masalah kulit dan berjerawat. Berus solekan boleh dibersihkan dengan menggunakan campuran beberapa titis untuk pembersih wajah yang lembut atau air suam dalam cawan dan syampu. Basuh berus dan dikeringkan.

3. Tidur rehat yang berkualiti.
Kekurangan tidur akan mengakibatkan masalah wajah menjadi pucat dan mengurangkan keremajaan kulit. Ini adalah kerana semasa tidur, sel-sel badan berusaha untuk memulihkan keseluruhan kondisi badan.
4. Membersihkan sisa-sisa makeup sebelum pergi tidur.
Meninggalkan dalam solekan dan kotoran pada kulit bukan hanya menyumbat liang pori, malahan boleh menyebabkan kekeringan berlebihan dan juga kelemumur pada kulit.

5. Minum air masak secukupnya.
Air berperan membantu membersihkan toksin yang menyebabkan keradangan. Ia juga membantu dalam mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel kulit untuk mengelakkan dehidrasi, yang boleh menyebabkan penuaan pramatang. Dengan air masak, kulit akan kelihatan lebih segar dan anjal. Jumlah pengambilan air yang disyorkan adalah 3-4 liter sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

6. Amalan pengambilan sayur-sayuran dan makanan yang berkhasiat.
Diantara sayur yang mempunyai khasiat tinggi untuk kecantikan kulit adalah:-
Antara sayur-sayuran yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kecantikan kulit ialah:

A. Bayam mengandungi 3 kali lebih banyak vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.

B. Kemiri kacang atau Pecans adalah kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung dalam membran sel kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit.

C. Beri biru, acai berry, buah Rasberi dan herba seperti oregano, daun kari dan halia berupaya memelihara kulit daripada mengendur kerana mereka kaya dengan agen antioksida.

D. Timun baik untuk menyegarkan kulit muka. Jus timun boleh mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam.

E. Salmon, ikan bilis, sardin, flaxseed, kacang soya dan walnat.
Pengambilan Omega-3 adalah sangat penting untuk mendapatkan kulit cantik. Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi membran sel kulit supaya ia terus dapat menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya ini dapat mengurangkan keradangan kulit sekaligus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
Di samping itu, Pengambilan suplemen seperti serbuk kolagen, Vivix, Energizing Soy Protein, Vitamin B Compleks, Vitamin C dan Vitamin E juga dapat membantu mendapatkan kulit muka cantik dan sihat.

1. Collagen Powder mengandungi kolagen dari ikan sisik merah, ekstrak biji camellia japonica, ekstrak Pfaffia, Vitamin C, Vitamin B, ekstrak kekerang yang membantu mengekalkan elastisiti kulit dan melambatkan kedut-kedut secara semulajadi.

2. Vivix melindungi dan memperbaiki DNA, menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang mengekalkan kesihatan jantung, otak, antioksidan dan meningkatkan tenaga.

3. Energizing Soy Protein merangsang pembentukan tenaga kulit dan otot, ejen penuaan dan menghilangkan kesan parut.

4. Vitamin C membantu mencerahkan kulit dan menghalang pembentukan pigmen.

Inilah sedikit petua daripada cara membuat kulit wajah nampak cantik dan sihat. Petua-petua diatas merupakan petua yang bisa di amalkan bersama. Moga-moga berfaidah bagi semua.

Baca juga: Kulit Kepala Gatal Kerana Kelemumur? Tidak Usah Panik Ini Adalah Cara Cepat Mengatasi Dan Menghapuskan Kelemumur

Related Posts: